Wednesday, February 11, 2009

Sejarah Sekolah Kebangsaan Nangkawangan
  • SK Nangkawangan di ambil sempena nama kampung Nangkawangan. Nama Nangkawangan berasal dari sebuah sungai kecil yang terdapat di kampung ini. Sungai ini diberi nama sungai Nangkawangan. SK Nangkawangan telah ditubuhkan pada 24 April 1986. Sebelum ini murid-murid bersekolah di SK Pohon Batu. Disebabkan jarak kampung Nangkawangan dengan SK Pohon batu agak jauh, ini menyukarkan murid-murid untuk ke sekolah. Oleh yang demikian sekolah ini dibangunkan. SK Nangkawangan adalah sebuah sekolah cawangan SK Pohon Batu dan dibina hasil daripada permohonan penduduk kampung Nangkawangan dan juga pihak SK Pohon Batu. Guru pertama ditugaskan di sekolah ini ialah En. Anton Bin Kooh. Beliau merupakan anak watan kampung ini. Seramai 60 orang murid memulakan sesi persekolahan pada tahun sekolah ditubuhkan. Mereka terdiri daripada anak penduduk kampung Nangkawangan dan Binanon. Sebanyak 2 kelas dibina iaitu Tahun 2 dan Tahun 1.

Sungai Nangkawangan
  • SK nangkawangan telah diiktiraf sebagai sekolah penuh pada bulan April 1989, dimana En. Sulin Bin Naiman dilantik sebagai Guru Besar pertama. Seramai 6 orang guru ditugaskan di sekolah ini dan bilangan kelas juga ditambah menjadi 6 kelas bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Pada penghujung tahun 1992, bangunan baru sekolah siap dibina. Pada 13 Januari 1992, murid-murid berpindah ke bangunan baru ini. Pada tahun 1993, sebuah rumah berkembar dibina bagi menempatkan guru-guru yang mengajar di sekolah ini. Pada tahun 1996, sebuah sekolah telah dibangunkan di kampung Binanon. Murid-murid yang berasal dari kampung tersebut berpindah untuk bersekolah di sana. Oleh yang demikian, bilangan murid yang bersekolah di SK Nangkawangan telah berkurangan kepada 42 orang dan guru yang mengajar pula seramai 4 orang. Setelah bertugas selama 6 tahun En. Sulin Bin Naiman telah ditukarkan ke sekolah lain. Pada 1997, tugas beliau diganti oleh En. David Bin J. Kalaka. Beliau berkhidmat selama 3 tahun dan bertukar ke sekolah lain.


Sekolah

  • Pada tahun 2000, En. Alip Bin Rashid dilantik sebagai Guru Besar. Beliau dibantu oleh 2 orang guru, seorang pembantu tadbir dan seorang pengawal keselamatan. Namun pada tahun 2000, guru yang telah bertugas selama 10 tahun di sekolah ini iaitu En. Rechard Jitor ditukarkan ke SK Membulu. Pada awal 2001 pula En. Alip Bin Rashid pula ditukarkan ke SK Dalit. Tugas beliau digantikan oleh En. Sanis Bin Dimpal sehingga akhir tahun 2002. Kemudian beliau ditukarkan ke SK Kg. Keningau. Semenjak itu, SK Nangkawangan tidak mempunyai Guru Besar sehingga tahun 2005.

    Kampung Nangkawangan

  • Pada 16 Julai 2006, Penolong Kanan SK Nangkawangan iaitu Puan Judah Binti Ansari telah dilantik sebagai Guru Besar. Walaupun kekurangan guru dan ketiadaan pembantu tadbir di sekolah ini, namun beliau yakin sekolah ini dapat bersaing dengan sekolah-sekolah yang lain melalui usaha gigih dan kerjasama daripada pihak PIBG dan jabatan khasnya.

No comments:

Post a Comment