Friday, February 13, 2009

Lokasi kami
  • SK Nangkawangan terletak di kampung Nangkawangan di dalam daerah Keningau. Jarak sekolah dengan pekan Keningau adalah 83 km. Masa yang diambil untuk ke bandar Keningau adalah bergantung kepada cuaca dan keadaan jalan. Sekiranya hujan, masa yang diambil mencecah 5 jam. Ini kerana keadaan jalan yang licin dan lecak dipenuhi air. Sekiranya cuaca panas, masa perjalanan hanyala dalam lingkungan 3 jam sahaja. Untuk ke sekolah, kami terpaksa melalui jalan tanah merah yang rosak, keadaan jalan yang berbukit-bukit serta terpaksa melalui jambatan balak yang kadangkala runtuh di sebabkan banjir. Sekiranya jambatan ini runtuh atau ditenggelami air, kami terpaksa berpatah balik ke pekan Keningau atau terpaksa bermalam di dalam hutan sementara menunggu jambatan tersebut dibaiki. Tiada kenderaan sewa masuk ke kampung ini. Untuk keluar ke pekan Keningau, penduduk hanya bergantung kepada kenderaan pacuan 4 roda penduduk setempat yang agak terhad. Sepanjang perjalanan ke sekolah, kami akan melalui beberapa buah kampung dan sekolah pedalaman yang lain. Di bawah sebahagian cabaran yang perlu kami lalui untuk ke sekolah.




No comments:

Post a Comment